Ibu bapa disaran utamakan pendidikan anak-anak dari sekolah rendah

1

Ibu bapa perlu mengutamakan pendidikan anak-anak bermula dari peringkat sekolah rendah, kata Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata ia penting dan perlu diberi penekanan kerana pendidikan di peringat sekolah rendah adalah penentu hala tuju pendidikan seseorang pelajar itu.

“Jika seseorang pelajar itu mendapat keputusan yang cemerlang di peringkat sekolah rendah maka saya percaya kecemerlangan itu akan terus dikecapi sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

“Oleh itu saya menyarankan agar ibu bapa perlu sentiasa memantau atau mengambil tahu tentang perkembangan pembelajaran anak masing-masing,” katanya pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Taman Tawau, di sini hari ini.

Nizam juga berkata pelajar harus mengetahui dan memahami kaedah-kaedah kemahiran belajar dari peringkat sekolah rendah.

“Oleh itu para guru di sekolah rendah perlu terus mempertingkat komitmen untuk mendidik pelajar masing-masing kerana kecemerlangan seseorang pelajar itu datang daripada kecemerlangan guru yang mendidik

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *